www.blogseni.com

dari pemikiran aku sahaja…

APA ITU BAHAN (MATERIAL)

Posted on | March 31, 2011 | No Comments

Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk atau yang menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran, samada sesuatu bahan itu telah menjalani proses atau masih kepada pengekalan identitinya tertakluk kepada bagaimana pengkarya itu berkarya.

Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu menjadi karya seni, sebagai contoh menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik, elemen semulajadi dan sebagainya sehinggalah kepada bahan-bahan terbuang dan persekitaran untuk menghasilkan seni mereka. Hasil dari proses artis itulah wujudnya karya berbentuk bahan campuran.

Di sini saya akan mengklasifikasikan secara ringkasnya beberapa bahan-bahan tersebut.

Berbentuk elemen dan fizikal, dimana dalam proses pengkaryaan, sebarang medium diperlukan sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau berbentuk kimikel ataupun masih mengekalkan haknya (secara fizikal).

Bahan-bahan dikatogorikan kepada beberapa bahagian iaitu :

• Pepejal – seperti batu, limestone atau marble.

• Organik – seperti kayu atau ‘earth object’.

• Industri – seperti besi, tembaga, perak (diproses dari mesin atau jentera), : Sytentic seperti bahan tiruan, plastik, glass, perspect bersifat lutsinar.

• Hybrid – yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.

• Kimikel – seperti bahan mengandungi asid, pencampuran dari koleksi lab.

Bahan dan ketahanannya :

• Fugivite : penghasilannya menerusi terus ke atas permukaan atau sesuatu karya. Selalunya bahan ini tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang jatuh. Pengkarya masih menjalani proses dan tidak mendalami lagi sesuatau sifat bahan dari segi ketahanan.

• Permenant : selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa, penghasilan mengambil kira keatas aspek nilai yang tinggi dan menjalani pemerosesan yang berkesan. Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani ujikaji terhadap bahan sebelum memasukkannya kedalam karya.

• Temporary : Seni yang dihasilkan melalui video , instalasi dan bahan tidak tahan lama seperti pasir dan ais (seni arca).

BAHAN DAN PENGOLAHAN

Cecair (liquid)
Penggunaan bahan yang bersifat cecair secara tradisonalnya digunakan oleh para pengkarya ialah; air, turpentin, minyak atau arcylic.

Rock
terbentuk dari tanah
• primary : iaitu bahan yang keras seperti batu , lava dsbnya.
• secondary : batu – batan yang mendap seperti marble, limestone, pasir atau tanah liat.

Organik
seperti kayu, daun atau berbentuk hidupan ( sel berurat & tersekat)
• fibrous : komposisi
• cellular : organisasi

Metal
seperti besi, emas, timah dimana masih kekal sifat walaupun dilebur atau diubahsesuai tetapi masih kekal sifatnya.

Syhntetic
Bahan tiruan seperti plastik, glass, perspect dimana selalunya bersifat transparensi (lutsinar)

Hybrid
Bahan-bahan yang bercampur antara satu sama lain seperti bahan-bahan yang dinyatakan diatas.

Bahan adalah perkara penting dalam menghasilkan karya di mana penggunaan teknik dan pengolahan seseorang individu itu dihasil dan diaplikasikan keatas sesuatu karya seperti;

• Struktur – Bagaimana ianya bertindak dengan tekanan seperti lembut, keras atau keadaan fizikal.
• Texture – Memperlihatkan texture pada karyanya seperti kasar, lembut atau halus.

Penggunaan bahan terhadap sesuatu karya dan bagaimana penyudahan kepada karya seseorang pengkarya.

VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0 (from 0 votes)

SELAMAT DATANG

Posted on | March 31, 2011 | No Comments

Selamat datang ke Blogseni.com. Aku sekadar memuatkan perkara-perkara yang  bersangkutan dengan dunia seni melalui pemikiran aku sahaja…

VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0 (from 0 votes)

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD