www.blogseni.com

dari pemikiran aku sahaja…

PENGKARYA DAN PEMIKIR

Posted on | March 31, 2011 | No Comments

Dalam kebebasan berkarya bagaimanapun jika dihalusi tetap ada keperhatian pengkarya dalam karyanya, bagaimana ia ‘berfungsi’ pada persekitaran, masyarakat atau memartabatkan seni tercapai (samada peringkat rendah, sederhana mahupun tertinggi) hanya kepada perspektif dan kupasan para pemikir seni mahupun mereka yang ingin / mahu melihat sesuatu karya itu dengan lebih mendalam lagi dengan ‘pandangan’ dangan ‘cara’ mereka.

Jika pemikiran yang tersangat analitikal yang keterlaluan di letakkan sebagai asas dalam pertimbangan keputusan atau jawapan kepada sesuatu karya maka ianya ibarat menggali lubang, makin di gali makin dalam sehinggalah samada sang pemikir atau pengkarya itu terjatuh didalamnya.

Pengkarya tidak harus diletakkan satu ‘pengharapan’ yg terlalu tinggi, jikalah sehinggakan ‘diwujudkan’ pengkelasan yang tersendiri oleh ‘pemikir seni’ mahupun mereka yang mahu mengkelasifikasikan pengkarya-pengkarya tertentu. Ini akan terus menerus mendapat ‘kongkongan’ dan ‘lingkungan’ kreativiti manusia seni itu sendiri, sedangkan ianya adalah dari Yang Maha Esa.

Mengkelafikasi dan membuat perbandingan-perbandingan antara pengkarya dengan pengkarya juga boleh meng’risiko’kan pada sesetengah pengkarya. Membuat perbandingan yang ‘tidak adil’ kadang kala merosakkan SERUM itu sendiri. Terus-terusan mengaplikasikan tahap pemikiran (pada saya kebolehan menghafal buku ilmiah) sebegini maka SERUM itu menjadi satu igauan kepada pengkarya dalam meneroka lebih jauh lagi.

Mendidik samada pada peringkat rendah, menengah mahupun peringkat atasan adalah jalan terbaik dalam mengungkai permasalahan ini, jika, walaupun tidak semua dapat dipraktikan. Persoalannya boleh saya tahu berapa ramai guru seni membawa anak muridnya ke galeri seni? dan berapa ramaikah guru-guru seni menjadi ahli persatuan seni dan mengembeling bahu bersama persatuan dalam ‘mencari’ martabat seni itu sendiri? berapa?

Pada saya tidak ada komplekasnya SERUM ini dalam perkembangan seni di malaysia, seharusnya tidak ada, jika ada adakah ianya sampai ketahap kritikal yang perlu ‘diperbaiki’ oleh pemikir seni di malaysia. Bukan semua pengkarya mahu menulis 100 m/s hatta 10 m/s untuk menerangkan karya mereka.

Pemikir seni tidak seharusnya menjadi ‘enginer’ atau ‘QC’ kepada karya yang telah siap semata-mata, ia seharusnya menjadi ‘enginer’ yang ‘memperlihatkan’ atau ‘menunjuk cara’ dan terbaiknya adalah mempersembahkan ‘form’ tersebut kepada SERUM dan dapat di lihat bagaimana pula para ‘enginer-enginer’ lain melihat persembahan dari ‘form’ mereka, saya sebagai pengkarya ingin melihat para-para ‘enginer’ ini dalam konteks diri, masyarakat, pengkarya mahupun disebut memartabatkan seni dengan ‘melepasi’ sedikit ‘kebusungan ilmu’ dalam diri mereka.

“Bukankah sesebuah rumah itu indah dalam perlaksanaannya, Penyusunannya, kemahirannya, ketabahannya, kesabarannya dan kesusahannya menjadi sebagai rumah, masih perlukah lagi menanam pokok, menyusun pasu, mengembur tanah, memasang pagar itu perlu atau hanya untuk menyedap rasa pada yang melihatnya atau adakah ingin bertanya setiap ‘asal’ terbinanya rumah itu? jika ada marilah bersama-sama menduduki rumah itu dan mengenalinya…”.

VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0 (from 0 votes)

KENYATAAN PELUKIS?

Posted on | March 31, 2011 | No Comments

Ini adalah penerangan secara ringkas untuk dikongsi bersama….

Kenapa Perlu? Kenyataan pelukis perlu untuk umum mengetahui Siapa? Apa? Kenapa? Bagaimana? bila? dsb…

Untuk mengenali seseorang pelukis itu dengan lebih mendalam terutama yang berkarya secara abstrak atau karya mereka masih mempunyai tanda tanya, ianya perlu sedikit sebanyak membantu penghayat seni untuk mengetahuinya. Tidak kira bagaimana interpritasi atau pandangan sebaliknya sekurang-kurangnya ia menjadi satu guideline kepada mereka.

Namun demikian pelukis-pelukis realis juga perlu untuk menerangkan secara ringkas dalam bentuk kenyataan pelukis agar lebih jelas atau terperinci.

Kenyataan pelukis juga memudahkan para audien mengenali dengan lebih cepat tentang karya dan pelukis itu sendiri. Ia juga boleh memudahkan pelukis itu sendiri dalam mengingati apa yang sedang ia lakukan.

Kenyataan pelukis dan karya boleh disatukan menjadi satu kenyataan sahaja jika anda banyak menggunakan medium atau tema yang sama. Jika terdapat berbagai medium, tema atau pendekatan yang berbeza kita boleh terangkan secara ‘kenyataan karya’ dan ‘kenyataan pelukis’.

Perlu diingatkan ianya boleh disatukan atau dipisahkan antara kedua-duanya. Perlu juga diingatkan bahawa kenyataan pelukis dan kenyataan karya boleh mempunyai perbezaan tetapi tidak terlalu ketara (jika boleh elakkan perbezaan). Kenyataan Pelukis lebih kepada pemilikan identiti merujuk kepada pelukis dan kenyataan karya merujuk kepada sesebuah karya (mungkin spesifik kepada karya tertentu yang dihasilkan)

Mengapa kenyataan pelukis menjadi penting atau sebahagian kepada seseorang pelukis?

Ini adalah sebagai rujukan seorang pelukis bilamana jika ada penerangan tentang diri pelukis atau lukisan yang dihasilkan. Boleh disatukan atau dibuang jika tidak perlu. Kenyatan pelukis atau karya boleh berubah dari satu masa ke satu masa mengikut keperluan atau penyesuaian masa pelukis, karya-karya terbaru atau sesuatu pameran.
Bagaimana untuk menulis Kenyataan Pelukis dengan mudah?

Mulakan semudah ABC dahulu…..

1. Siapa anda? berikan biodata anda…
2. Mengapa anda memilih subjek yang ini (tertentu)? Terangkan secara ringkas dahulu…
3. Siapakah yang menjadi artis rujukan anda? Kenapa?
4. Apakah aliran seni yang anda ikuti? Terangkan kenapa memilih aliran tersebut….
5. Apakah bahan yang anda gunakan? Terangkan….
6. Terangkan apa perasaan anda ketika menghasilkan karya? Beritahu perkara yang sebenar dan ikhlas….

Tambahan
Pendidikan anda. Dorongan anda dsbnya. Jika anda pelukis self thought beritahu telah berapa lama anda sudah melukis dan mungkin kenapa saya menjadi seorang pelukis. Anda menyukai warna atau sesuatu objek, keadaan dsbnya…..Ini boleh ditambah kemudiannya.

Kenyataan Karya

1. Anda sedang melukis subjek apa?
2. Kenapa pilih subjek ini dalam karya anda?
3. Apa penceritaan subjek anda?
4. Apa yang anda ingin sampaikan kepada audien?
5. Nyatakan penggunaan bahan yang anda gunakan? tidak perlu secara terperinci, cukup sekadar menceritakan bahan asas…

Kenyataan pelukis sebaik-baiknya adalah ringkas seperti 1/2 atau 1 mukasurat A4 sahaja. Ianya bukan karangan dan seboleh-bolehnya tidak lebih sehingga 2 mukasurat. Sediakan juga satu kenyataan pelukis untuk satu perenggan saja berfungsi seperti ‘tagline’. Contoh ” Penggunaan objek tradisonal dalam karya membolehkan saya mendekatkan lagi perasaan kepada peri pentingnya ia dijagai dan dihargai”.

VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0 (from 0 votes)

SENI MODEN MALAYSIA – RINGKASAN UMUM

Posted on | March 31, 2011 | No Comments

Boleh dikatakan seni catan di Malaysia merupakan seni yang berbentuk kontemporori. Bagaimanapun dalam permulaan seni catan di Malaysia masih menunjukkan tahap penggunaan bahan yang terhad. Penggunaan seperti cat air, cat minyak dan arkilik masih menjadi satu bentukan dalam penghasilan dalam karya.

Pada 1977 telah diadakan satu pameran di National Art Gallery dengan 39 artis dan 113 karya. Ini termasuklah dari water color oleh Yong Mun Sen 1951 hingga ke Latif Mohidin dengan ‘Langkawi’ 1977.

Kebayakan pelukis pada masa itu masih mengamalkan konsep ‘Pictorial’. Pelukis-pelukis seperti Abdullah, Yong Mun Sen, Hoessein Enas, Syed Ahmad Jamal, Cheong Lai tong, Patrick Ng (sekadar menyebut beberapa artis) masih lagi terikat dnegan penggunaan water color, pastel dan cat minyak.

Di tahun 60an memperlihatkan akan perkembangan abstrak ekspressionis seperti Khoo sui Heo dengan lanskap, Grace Selvanayagam ‘Suria Seri Mersing’ (1968), Josep Tan ‘Love Me In My Batik’ (1968). Dalam tahun 1969 pula memperlihatkan keberanian Redza Piyadasa berkarya dengan menggabungkan unsur 2D dan 3D dalam ‘Trengganu 3?.

‘Manifestasi Dua seni’ dalam tahun 1970 sedikit sebanyak membawa kepada pembaharuan di dalam seni catan apabila dua seni antara ‘plastik art’ dengan berbentuk ‘peotry’ digabungkan. Syed Ahmad Jamal dengan simbiolik menghasilkan “sidang Ruh’ oleh sajak Kassim Ahmad. Ibrahim Hussien menghasilkan ‘Pak Utih’ sajak dari Usman Awang dengan sosial politik figura yang dikompos manakala Abdul Latif Mohidin pula menghasilkan ’sungai Mekong’. 1970an juga memperlihatkan juga bagaimana Ismail Zain berkarya dengan komposisi ‘architectonic’ dengan kombinasi dari gesture cat, semburan yang rata dan lembut menyelubungi kawasan cat dan pengaturansemula ruang-ruang bertajuk ‘Surface in Space No. 3?, 1971.

Di tahun ini juga memperlihatkan kepada printmaking dalam seni grafik oleh Long Thein Shin yang berbentuk sensual. ‘There Steps To Nowhere’ 1975, dengan silkscreen juga Ahmad Khalid yusuf menghasilkan skrip jawinya. Raja zahabudin ‘Luar Yang Tidak Diketahui’ 1972, juga dengan silkscreen.

Lee Kian Seng juga membawa pem baharuan dalam seni arca dengan penghasilan ‘Resumption and Consumption’ 1974, melalui menestasi kayu. Dalam tahun 1977, sekali lagi Latif Mohidin menghasilkan ‘Samudra’ , begitu juga dengan siri ‘Langkawi’ nya.

Seni kontemporari di Malaysia mula berkembang pesat selari dengan pembangunannya walaupun boleh dikatakan seni di Malaysia ini tertinggal jauh ke belakang oleh seni di Barat. Artis-artis seperti Ibrahim Hussin, Syed Ahmad Jamal, Choong Kam Kow, Josep Tan, Redza Piyadasa, Latif Mohidin (menyebut beberapa artis) telah mewarnakan seni catan mahupun arca kepada seni yang lebih bererti melalui pembaharuan-pembaharuan dalam sekitar 60an dan 70an amnya.

Dalam tahun-tahun 80an pula memperlihatkan akan penggunaan bahan campuran yang agak ketara dalam menghasilkan karya. Artis-artis seperti Nirmala Shanmugam telah menggunakan teknik kolaj dalam karya yang bertajuk ‘Diri Anak Asia’. Penggunaan ‘photo silkscreen’ disempurnakan pula dengansapuan berus yang agak agresif dalam mempertemukan akan penggunaan bahan campuran. Begitu juga dengan karyanya’ Vietnam ii ‘ yang menggunakan teknik kolaj melalui rencana dan keratan akhbar.

Begitu juga dengan Ponorin Amin yang menggunakan bahan campuran dalam karya bertajuk ‘Alibi catur pulau Bidong’ . Penggunaan imej catur, jala dan beberapa bahan lain telah memperlihatkan keberanian dalam memecahkan seni yang bersifat statik kepada beraktif. Penggunaan bahan juga dapat dilihat melalui siri ‘Jendela’ oleh Cik Ruzaika Ahmad Basri memperlihatkan tingkap orang melayu yang dihasilkan melalui penebukan ke atas sekeping plywood, diwarnakan ke atasnya dalam memperseimbangkan ke atas latarnya yang di lukis. Begitu juga seperti siri ‘pulut panggang’ oleh Choong Kam Kow, menggunakan bahan campuran seperti ‘paper mache’.

Penggunaan bahan lama-kelamaan telah menjangkiti akan penggunaanya dalam penghasilan karya. Dalam tahun 90an ini boleh dikatakan pada setiap pameran yang dianjurkan, akan terlihat oleh kita penggunakan bahan campuran. Pelukis seperti Romli Mahmud, Din Omar, Zainal, Roskang jailani, Tan Chin Kuan, Fauzin Mustaffa, Mohd. Noor, Fauzan Omar dan ramai lagi telah mewarnakan seni di Malaysia ini lebih kontemporari dalam penghasilannya.

Jelaslah disini penggunaan bahan campuran telah mula mendapat tempat di hati para pengkarya di Malaysia dalam menghasilkan seni yang sebegitu. Penilai juga memperlihatkan akan kematangan mereka dalam menilai seni begitu juga dengan masyarakat di sini yang mula memperlihatkan satu tindakbalas dalam mengaprisiasikan seni yang baru kepada mereka.

VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0 (from 0 votes)

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD