www.blogseni.com

dari pemikiran aku sahaja…

KOLABRASI MENCATAN PADA SATU RUANG DAN PENGALAMANNYA….

Posted on | March 31, 2011 | No Comments

TANGGAPAN PERTAMA

Melihat pameran bersama; “SYMBIOSE: A SHUKRI ELIAS & JOHNNY JACK HANSEN” yang akan diadakan di Denmark, ada diantara karya-karya mereka berkolabrasi mencatan hanya pada satu permukaan yang sama dan ianya sesuatu yang sangat menarik. Aku belum pernah merasainya lagi, terfikir untuk melakukan seperti apa yang sedang dilakukan dalam penghasilan karya sebegitu.

TANGGAL 21 MAC 2011

A Shukri Elias (Shook) dan rakannya dari Denmark, Johnny Jack Hansen (Jack) bertandang. Setelah beberapa hari di Langkawi, memang distinasi seterusnya adalah studio aku.

Shook telah biasa datang tetapi Jack merupakan kali pertama, macam biasa makan dan melihat work sambil bertukar pendapat dan info. Ada perkara menarik semasa makan bilamana Jack mengunyah ulam pucuk putat, mencicah sambal belacan dan yang paling best, meratah ikan sepat masin macam keropok la pulak.

Jack senang berbicara dengannya, kalau dengan shook apatah lagi, sangat paham bahasa melayunya. Aku banyak melihat bagaimana dua manusia asing dari bangsa, cara hidup dan bahasa boleh bekerjasama, apatahlagi dalam seni ini.

Hujan masih lagi turun…. sebelum melangkah pulang, aku bertanya apa plan mereka pada keesokannya, bilamana di jawab “free”, aku memberi cadangan agar kami melukis bersama pada ruang yang sama sepertimana yang telah dilakukan oleh mereka berdua. Tanpa teragak Shook dan Jack terus bersetuju.

TANGGAL 22 MAC 2011

Petangnya mereka datang seperti dijanjikan, semua bahan disediakan oleh aku. Sedikit perbincangan sahaja dilakukan dan pemilihan subjek yang mudah dengan masa yang suntuk ini kerana mereka akan menaiki flight ke KL malam ini, maka lanskap Kedah itu sendiri sebagai rujukan.

Jack diberi peluang untuk mencatan mula diikuti oleh Shook dan aku.

Kami hanya ingin membuat catan ini menjadi senang dan mudah sahaja tanpa membabitkan apa-apa persoalan dan isi mahupun apa kejadahnya konsep pun. Ini tentang memberi ekspresi sepontan mencatan dan apa yang berlaku sangat memberi pengalaman yang menarik untuk aku, ini adalah ‘content’ bagi aku.

SHOOK MENERANG

Sebelum memulakan, Shook memberi sedikit pengalamannya bila berkolabrasi, kesan dan perlakuan. Boleh saja dia menerangkannya; diambil secara ingatan lintasan sahaja, namun kesan sebenarnya boleh dilihat bila waktu proses berlaku.

GERAK BALAS

Jack mula meletak warna pada keinginannya begitu juga Shook, bila tiba untuk mencatan, aku hanya mencari ruang kosong yang belum diisi oleh mereka, aku memilih untuk melihat perkara lanjut dari gerak balas dari mereka berdua.

Maka bermulalah palitan warna, garisan menindan antara satu sama lain. Bilamana meletakkan warna ataupun stroke sendiri keatas kanvas tersebut, kita tidak akan menjangka apa yang telah diperlakukan oleh kita boleh saja dipadam, ditindan semula dengan palitan-palitan warna dari rakan kolabrasi kita, harus tenggelam palitan warna kita.

Ini tidak terjadi kepada kolabrasi yang dirancang samada berdua mahupun beratus pelukis, bilamana ruang-ruang tertentu telah diberikan untuk berkarya. Bermakna di sini jika 100 meter kanvas, maka pelukis di beri ruang 1 meter untuk berkarya tanpa melangkau ruang pelukis lain.

Jika ada sekalipun masih mempunyai pengalaman yang tersendiri.


MENIDAK KETUANAN

Kolabrasi sebegini menidakkan ketuanan kita terhadap apa yang kita lakukan, dan bila-bila masa sahaja ia boleh hilang dipalit semula hasil dari gerakkan warna dari rakan kolabrasi kita. Ia membunuh ego mahupun perasaan untuk memperlihatkan hasil karya kita sahaja bermegah di atas kanvas tersebut, mahupun jika mahu dipanggil strok-strok dari empunya diri. Ini satu pengalaman yang sangat bagus.

INI ADALAH ‘CONTENT’

Berlawak aku; kata aku kepada shook “ini kerja daje mendaje ni….” tapi itu kebenaran yang berlaku, bukan bersifat mahu menonjol atau mengkhianati sesama, tetapi bagaimana sifat menerima keadaan yang sebegitu dan sememangnya bercara demikian.

Bagaimana anda mampu untuk memusnahkan karya rakan dan bagaimana anda menerima bilamana karya anda pula dimusnahkan dan begitu bagaimana anda untuk tidak memusnahkannya dengan pertimbangan dan gerakrasa dari anda sendiri.

“kolabrasi macam ni boleh mengundang perbalahan emosi jika tidak berupaya mengawal, contohnya pelukis lain boleh saja memadam keseluruhan atau membakar saja kanvas tersebut….” ujur Shook.

Memang benar kerana ia berkolabrasi sesama pelukis dan tiada had sehingga waktu mana perlu ia berhenti atau tamat atau bagaimana cara ia diperkaryakan kerana ia berputar pada satu ruang (i.e kanvas, besi, kayu…) sahaja, ianya bukan diberi pecahan secara individual untuk satu ruang.


MENCARI SOLUSI PENAMAT

Hujan mulai turun rintik dan deras dari satu saat ke satu saat….. satu solusi perlu disepakati yakni “berhenti di sini…”. Sepakat kami untuk berhenti pada apabila berus sudah di basuh.

Aku melihat sepakat ini juga penting takkala jika salah seorang pelukis lain enggan berhenti dan mahu meneruskan kerja pengkaryaan, sedangkan yang lain sudah mahu berhenti….maka sehingga mana harus ia perlu dan di saat mana harus karya itu berhenti…. Cubalah dan rasainya…. Satu pengalaman yang menarik sekali untuk di cuba….

VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.8_1114]
Rating: 0 (from 0 votes)

Related posts:

APA ITU BAHAN (...
SENI MODEN MALA...
KENYATAAN PELUK...
PENGKARYA DAN P...

Comments

Leave a Reply





Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD