KENYATAAN PELUKIS?
Posted on | March 31, 2011 | No Comments
Ini adalah penerangan secara ringkas untuk dikongsi bersama….
Kenapa Perlu? Kenyataan pelukis perlu untuk umum mengetahui Siapa? Apa? Kenapa? Bagaimana? bila? dsb…
Untuk mengenali seseorang pelukis itu dengan lebih mendalam terutama yang berkarya secara abstrak atau karya mereka masih mempunyai tanda tanya, ianya perlu sedikit sebanyak membantu penghayat seni untuk mengetahuinya. Tidak kira bagaimana interpritasi atau pandangan sebaliknya sekurang-kurangnya ia menjadi satu guideline kepada mereka.
Namun demikian pelukis-pelukis realis juga perlu untuk menerangkan secara ringkas dalam bentuk kenyataan pelukis agar lebih jelas atau terperinci.
Kenyataan pelukis juga memudahkan para audien mengenali dengan lebih cepat tentang karya dan pelukis itu sendiri. Ia juga boleh memudahkan pelukis itu sendiri dalam mengingati apa yang sedang ia lakukan.
Kenyataan pelukis dan karya boleh disatukan menjadi satu kenyataan sahaja jika anda banyak menggunakan medium atau tema yang sama. Jika terdapat berbagai medium, tema atau pendekatan yang berbeza kita boleh terangkan secara ‘kenyataan karya’ dan ‘kenyataan pelukis’.
Perlu diingatkan ianya boleh disatukan atau dipisahkan antara kedua-duanya. Perlu juga diingatkan bahawa kenyataan pelukis dan kenyataan karya boleh mempunyai perbezaan tetapi tidak terlalu ketara (jika boleh elakkan perbezaan). Kenyataan Pelukis lebih kepada pemilikan identiti merujuk kepada pelukis dan kenyataan karya merujuk kepada sesebuah karya (mungkin spesifik kepada karya tertentu yang dihasilkan)
Mengapa kenyataan pelukis menjadi penting atau sebahagian kepada seseorang pelukis?
Ini adalah sebagai rujukan seorang pelukis bilamana jika ada penerangan tentang diri pelukis atau lukisan yang dihasilkan. Boleh disatukan atau dibuang jika tidak perlu. Kenyatan pelukis atau karya boleh berubah dari satu masa ke satu masa mengikut keperluan atau penyesuaian masa pelukis, karya-karya terbaru atau sesuatu pameran.
Bagaimana untuk menulis Kenyataan Pelukis dengan mudah?
Mulakan semudah ABC dahulu…..
1. Siapa anda? berikan biodata anda…
2. Mengapa anda memilih subjek yang ini (tertentu)? Terangkan secara ringkas dahulu…
3. Siapakah yang menjadi artis rujukan anda? Kenapa?
4. Apakah aliran seni yang anda ikuti? Terangkan kenapa memilih aliran tersebut….
5. Apakah bahan yang anda gunakan? Terangkan….
6. Terangkan apa perasaan anda ketika menghasilkan karya? Beritahu perkara yang sebenar dan ikhlas….
Tambahan
Pendidikan anda. Dorongan anda dsbnya. Jika anda pelukis self thought beritahu telah berapa lama anda sudah melukis dan mungkin kenapa saya menjadi seorang pelukis. Anda menyukai warna atau sesuatu objek, keadaan dsbnya…..Ini boleh ditambah kemudiannya.
Kenyataan Karya
1. Anda sedang melukis subjek apa?
2. Kenapa pilih subjek ini dalam karya anda?
3. Apa penceritaan subjek anda?
4. Apa yang anda ingin sampaikan kepada audien?
5. Nyatakan penggunaan bahan yang anda gunakan? tidak perlu secara terperinci, cukup sekadar menceritakan bahan asas…
Kenyataan pelukis sebaik-baiknya adalah ringkas seperti 1/2 atau 1 mukasurat A4 sahaja. Ianya bukan karangan dan seboleh-bolehnya tidak lebih sehingga 2 mukasurat. Sediakan juga satu kenyataan pelukis untuk satu perenggan saja berfungsi seperti ‘tagline’. Contoh ” Penggunaan objek tradisonal dalam karya membolehkan saya mendekatkan lagi perasaan kepada peri pentingnya ia dijagai dan dihargai”.
Related posts:
Comments
Leave a Reply