MISTIKNYA PERJALANAN INI… (Mystical Journey)
Posted on | April 1, 2011 | No Comments
Perjalanan manusia adalah ketentuan dari Nya…. Setiap manusia melalui perjalanan hidup ini dengan berbagai cara yang berbeda. Pada sesetengahnya akan mengikuti dan pada sesetengahnya melalui serta menyusuri. Pada setiap perjalanan ada yang bisa sampai keakhirannya manakala sesetengahnya masih melalui tanpa penghujung.
Bila membicarakan soal hidup manusia bergelar orang seni, ianya bukanlah mudah untuk dilalui. Pada mereka yang berjaya, pertaruhan dalam perjalanan sangat berharga untuk di kongsi bersama mereka yang baru mengenal dalam mengharungi sebagai orang seni.
Namun ada alahan tertentu kepada setiap manusia itu sendiri. Perjalanan kehidupan amat berbeza di antara satu sama lain dan ini perlu diikuti melalui naluri sendiri. Kita tidak boleh menarik dan memintal satu persatu perjalanan hidup kita kepada manusia lain. Kehidupan berbeza menunjukan keesaan Allah.
Kita boleh memberi pendapat dan pandangan dengan apa yang dilalui tetapi tidak boleh menyeret dan memberi ikutan perjalanan kita supaya mesti diikuti. Kita boleh menunjuk jalan namun kita tidak boleh memaksa ia menyusuri cara kita berjalan, kita hanya boleh memberi panduan dan pedoman.
Manusia mempunyai had-had yang tertentu dalam perjalanan, perjalanan adalah antara wadi ke wadi dan bagaimana mengenderai adalah cara kita sendiri. Jangan memberi terlalu banyak harapan dalam mengenderai hidupan manusia lain.
Manusia seni selain mata indera penting juga bicara dan pendengaran. Mendengar dari mereka yang pernah melalui jalan seni dan mengambil iktibar. Bicara dari mereka yang berjaya, mendengar dari mereka yang baru bermula. Bicara menjurus pedoman untuk melalui dan pernah apa yang dilalui tetapi bukan menyuruh untuk mesti mengikuti. Mendengar dengan hati terbuka bukan mesti mengikuti.
Jangan terlalu taksub dalam seni kerana ia hanya sebahagian dalam kehidupan mungkin cebisan. Bertindak memarahi dan mencemuh mereka yang gagal dan terlolos dalam menjalani kehidupan sebagai seorang seni, mengkritik dengan cara keterlaluan, taksub pada isme sendiri, ego dan bangga diri, hasad dengki adalah tidak bijak sebagai seorang insan yang dijadikan oleh Allah.
Jika kita berterusan begini akhirnya hati kita terpalit dengan tompok hitam. Kebanggaan apa yang perlu kita tegakkan sehingga kita bisa menghiris hati manusia lain yang juga mempunyai naluri tersendiri. Bila kita berterusan begini akhirnya sifat keakuan akan terus menajam dalam diri.
Saya berharap kepada semua manusia seni yang ingin mendengar, berilah pedoman dan ajaran ilmu jika kamu masih mampu untuk berbuat demikian secara berhemah dan hikmah. Hindarkan bicara yang boleh membuat manusia lain resah dalam menjalani hidupan mereka, beri pedoman yang boleh difikirkan untuk mereka ikuti tetapi tidak mendesak menjadi kita.
Kepada yang mendengar, dengarlah apa yang diperkatakan secara ilmu, pilih dan jika mampu mengikuti, ikutilah; jika tidak biarlah kehidupan kita tersendiri melaluinya dengan usaha dan doa.
Pepatah ada mengatakan padi secupak tidak akan menjadi segantang. Dua maksud boleh diterjemah.
Satu, jika tidak berusaha manakan akan mendapat hasilnya dengan lebih.
Kedua, jika itulah ketentuan Allah, rezeki kita hanya secupak, berbuat apapun tak akan jadi segantang. Namun demikian kita boleh berusaha dan berdoa kepada Nya.
KARYA AWAL MANUSIA: BAHAN BERWARNA, WARNA DAN KARYA
Posted on | March 31, 2011 | No Comments
Artikel ini merujuk kepada penemuan catan dinding gua di Altamira dan bahan yang digunakan / kemungkinan digunakan, ianya diperbincangkan secara bebas merujuk kepada penemuan catan tersebut dan sedikit persoalan apakah bahan campuran yang mewujud terjadinya yang di panggil warna atau pigment / bahan berwarna yang di proses itu telah boleh dirujuk sendiri sebagai bahan dalam menghasilkan karya mereka. – artikel ini ditulis setelah penat menghasilkan karya dan berawangan di fikiran – penulis
Karya awal manusia dalam catan banyak sekali dirujuk dari penemuan catan di gua-gua. kebanyakan oleh para ilmuan, penemuan karya penting yang dipanggil ‘catan gua’ , ‘diteorikan’ kewujudan sejak 9 ribu hingga 19 ribu yang lampau, dan artikel ini merujuk kepada sebuah gua di Altamira sebelum kalendarnya masihi.
Ada beberapa peringkat penemuan seperti artifak-artifak yang ditemui bermula dari bahagian lantai dan bawah gua tersebut dalam beberapa lapisan dan ianya merujuk kepada tempoh perubahan tahun ianya dihasilkan. Siapakah mereka ini?
Namun apa pun, teori mahupun fakta tahun yang diperolehi samada pada kebenaran dan telahan mahupun teori apa yang telah dikeluarkan; adalah apa, kenapa dan bagaimana bermulanya manusia itu berkarya kepada kehendak samada persekitaran, perlakuan dan bahan sekeliling mereka.
Di gua Altamira, adapun gambaran yang dihasilkan terdapatnya akan kegiatan manusia itu sendiri dan para binatang yang dijadikan buruan dan pada saat sekeliling kehidupan mereka. Dijumpai oleh arkelogis amatur Marcelino Sanz de Sautuola, di mana telah di bawa arah oleh anak beliau berumur 9 tahun dalam menemukan catan gua tersebut.
Dalam beberapa kitab, dipercayai akan para ilmuan Islam bahawa antara masa di antara turunnya Nabi Allah Adam a.s ke bumi sehingga kini adalah 10 ribu tahun hingga ke 12 ribu tahun malah ada pendapat mengatakan lebih dari itu (hanya Allah yang maha mengetahui seisi alam).
Adapun dipercayai para pengkarya catan gua ini menggunakan bahan di rujuk sebagai warna dari sumber semulajadi bumi ini seperti ochre dan zinc oxide (melalui penyelidikan dan ujian biologi) dan di ambil maksudnya dari wikipedia; ochre ialah “Ochre or Ocher (pronounced /’Oo?k?r/ OH-k?r, from the Greek ?????, ?khrós, pale) is term for both a golden-yellow or light yellow brown color and for a form of earth pigment which produces the color. The pigment can also be used to create a reddish tint known as Red ochre. The more rarely used terms Purple ochre and Brown ochre also exist for variant hues. Because of these other hues, the color Ochre is sometimes referred to as Yellow ochre.”
“Ochres are among the earliest pigments used by mankind, derived from naturally tinted clay containing mineral oxides. Chemically, it is hydrated iron (III) oxide. Modern artists’ pigments continue to use the terms Yellow ochre and Red ochre for specific hues.”
Pada rmaksud Zinc Oxide pula ialah “Zinc oxide is an inorganic compound with the formula ZnO. It usually appears as a white powder, nearly insoluble in water. The powder is widely used as an additive into numerous materials and products including plastics, ceramics, glass, cement, rubber (e.g., car tires), lubricants,[2] paints, ointments, adhesives, sealants, pigments, foods (source of Zn nutrient), batteries, ferrites, fire retardants, first aid tapes, etc. ZnO is present in the Earth’s crust as the mineral zincite; however, most ZnO used commercially is produced synthetically.” yang juga menurut dari sumber wikipedia.
Para ilmuan sangat kagum dengan penemuan ini apatah lagi sekurang-kurangnya tiga bahan yang dirujuk sebagai warna (terdapat berapa bahan untuk menghasilkan bahan yang dirujuk warna tersebu) menghiasi pada sesetengah beberapa bahagian karya mereka.
Perlu diketahui bahawa bahan-bahan yang hendak dijadikan warna, maka beberapa bahan alam semulajadi yang akan di proses, maka proses di sini adalah pencampuran bahan. Apakah pencampuran bahan-bahan tertentu menjadi warna tertentu di sebut sebagai warna?
Menurut sumber dari wikipedia, sebagai contoh; cat minyak terhasil dari pigment-pigment, “ the color of oil paint derives from the small particles mixed with the carrier. Common pigment types include mineral salts such as white oxides: lead, now most often replaced by less toxic zinc and titanium, and the red to yellow cadmium pigments. Another class consists of earth types, e.g. sienna or umber. Synthetic pigments are also now available. Natural pigments have the advantage of being well understood through centuries of use but synthetics have greatly increased the spectrum available, and many are tested well for their lightfastness.”
Maka apakah bahan bercampur yang dihasilkan tanpa teknologi dan pengetahuan tertentu ketika itu adalah bahan yang boleh di rujuk sebagai bahan campuran (mix-media) atau bahan campur (mixed) dalam penghasilan karya-karya manusia gua tersebut.
Hasil penyelidikan didapati bahan yang di rujuk sebagai warna itu, yang digunakan di atas permukaan gua tersebut adalah merupakan bahan-bahan yang bercampur yang mana kemudiannya dirujuk sebagai warna. Apakah para pengkarya ini merupakan manusia terawal yang menggunakan bahan campuran atau campuran bahan dalam menghasilkan karya? (jika bahan campuran ini adalah bahan dan di rujuk sebagai warna).
Sangat menakjubkan adalah bahan-bahan yang di rujuk sebagai warna itu diaplikasi oleh para pengkarya gua ini; dan sememangnya menakjubkan kepada para sejarahwan, arkeologis dan beberapa ilmuan berkaitan tentang penemuan ini dan ianya dianggap sebagai satu penemuan kepada mahakarya (masterpiece). Karya itu sendiri dan ianya kekal di lihat sehingga kini meskipun terdapat hakisan terhadap karya-karya tersebut dari sudut waktu, haba dan persekitaran, hebatnya percampuran bahan yang menghasilkan warna.
Bolehkah pengkarya gua ini diiktiraf sebagai pengkarya yang mula-mula menggunakan bahan campuran dalam karya mereka? Atau ia hanyalah sekadar rujukan kepada warna yang digunakan seperti; cat minyak, air, akrlik dan seumpamanya. Adakah bahan itu hanya merujuk kepada bahan hasil dari kesan teknologi sahaja, bagaimana pula bahan yang di proses dari alam semulajadi?
Selebihnya saya ungkapkan bahawa pengkarya merupakan bukan sahaja diperlukan pada masa peradaban mereka malah diperakui oleh masyarakat, persekitaran dan tamadun itu sendiri. Penemuan yang di kira sebagai satu penemuan yang besar, memperlihatkan para pengkarya di permukaan gua tersebut menggunakan berbagai bahan dan pigmen bercampur dalam menghasilkan karya juga merupakan penemuan yang besar terhadap bahan yang digunakan selain di lihat sebagai lakaran mahupun di rujuk sebagai catan.
Menilai kepada penemuan ini juga bukanlah sahaja kepada penemuan karya semata-mata tetapi memperlihatkan kemahiran mereka menggunakan alam sekitaran menghasilkan bahan yang di rujuk warna dan lebih mengagumkan ianya dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Merupakan satu pengiktirafan yang semulajadi dari dalam diri manusia itu sendiri, insan yang lahirnya diberikan bakat seni oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah amat menyukai pada keindahan.
Akhirnya beberapa persoalan untuk direnungkan bersama;
- Siapakah mereka ini yang berkarya dan memungkinkan memenuhi satu keperluan di masa itu yang hidup sebagai pengkarya?
- Apakah tujuan dihasilkan catan apatah lagi keperluan bahan untuk membuat warna harus diperolehi dan proses terdiri dari alam semulajadi, bagaimana mereka mengetahui dan mempelajarinya?
-Apakah yang ada pada fikiran mereka ketika menghasilkan karya tersebut dan kepada siapakah yang hendak dipertontonkan?
- Telah adakah pengkritik di masa itu untuk mengkritik cara penghasilan catan tersebut kerana lumrah perilaku manusia mempersoalkan sesuatu yang mungkin baru atau perlu di ketahui nya?
- Apakah takrif atau tiada takrif terhadap perkataan warna pada catan tersebut digunapakai atau hanya dirujuk kepada pantulan imej kepada pengkarya atau mana-mana pengkelasan terhadap warna sebagai contoh: ianya adalah cat minyak atau akrlik atau bahan yang di proses yang kemudiannya menjadi sebutan warna?
Tiada keperluan untuk menjawab kepada semua persoalan tersebut, Kepada saya hanya Allah yang maha mengetahui….
Namun demikian adalah tidak salah untuk saya mahupun anda untuk memberi pandangan atau untuk menambahkan lagi pandangan terhadap artikel ini. Mungkin saya ada ketinggalan mana-mana artikel, nota, kajian atau statement yang tidak dirujuk. Tiada percanggahan pendapat, hanya pandangan. Jika terdapat kesilapan tarikh dan fakta, anda boleh memperbetulkan dengan komen anda….
Kesimpulan yang tidak diungkai memungkinkan persoalan-persoalan yang difikirkan bersama dapat dikongsi.
Nota :
Terdapat banyak lagi catan-catan di temui di seluruh dunia seperti :
- Pada tahun 2002 telah dijumpai satu lagi catan di dinding di bahagian barat selatan Mesir di percayai 6 – 8 ribu tahun sebelum kalender masihi. Dikatakan terdapat lebih kurang daripada 5,000 imej kesemuanya.
- Lukisan yang dijumpai di Australia yang dipercayai berusia 40 ribu tahun, namun masih lagi dipertikaikan akan kesahihannya.
- Catan di dinding gua di Lascaux di Perancis yang di jumpai oleh 4 orang remaja pada tahun 1940.
KOLABRASI MENCATAN PADA SATU RUANG DAN PENGALAMANNYA….
Posted on | March 31, 2011 | No Comments
Melihat pameran bersama; “SYMBIOSE: A SHUKRI ELIAS & JOHNNY JACK HANSEN” yang akan diadakan di Denmark, ada diantara karya-karya mereka berkolabrasi mencatan hanya pada satu permukaan yang sama dan ianya sesuatu yang sangat menarik. Aku belum pernah merasainya lagi, terfikir untuk melakukan seperti apa yang sedang dilakukan dalam penghasilan karya sebegitu.
TANGGAL 21 MAC 2011
A Shukri Elias (Shook) dan rakannya dari Denmark, Johnny Jack Hansen (Jack) bertandang. Setelah beberapa hari di Langkawi, memang distinasi seterusnya adalah studio aku.
Shook telah biasa datang tetapi Jack merupakan kali pertama, macam biasa makan dan melihat work sambil bertukar pendapat dan info. Ada perkara menarik semasa makan bilamana Jack mengunyah ulam pucuk putat, mencicah sambal belacan dan yang paling best, meratah ikan sepat masin macam keropok la pulak.
Jack senang berbicara dengannya, kalau dengan shook apatah lagi, sangat paham bahasa melayunya. Aku banyak melihat bagaimana dua manusia asing dari bangsa, cara hidup dan bahasa boleh bekerjasama, apatahlagi dalam seni ini.
Hujan masih lagi turun…. sebelum melangkah pulang, aku bertanya apa plan mereka pada keesokannya, bilamana di jawab “free”, aku memberi cadangan agar kami melukis bersama pada ruang yang sama sepertimana yang telah dilakukan oleh mereka berdua. Tanpa teragak Shook dan Jack terus bersetuju.
TANGGAL 22 MAC 2011
Petangnya mereka datang seperti dijanjikan, semua bahan disediakan oleh aku. Sedikit perbincangan sahaja dilakukan dan pemilihan subjek yang mudah dengan masa yang suntuk ini kerana mereka akan menaiki flight ke KL malam ini, maka lanskap Kedah itu sendiri sebagai rujukan.
Jack diberi peluang untuk mencatan mula diikuti oleh Shook dan aku.
Kami hanya ingin membuat catan ini menjadi senang dan mudah sahaja tanpa membabitkan apa-apa persoalan dan isi mahupun apa kejadahnya konsep pun. Ini tentang memberi ekspresi sepontan mencatan dan apa yang berlaku sangat memberi pengalaman yang menarik untuk aku, ini adalah ‘content’ bagi aku.
SHOOK MENERANG
Sebelum memulakan, Shook memberi sedikit pengalamannya bila berkolabrasi, kesan dan perlakuan. Boleh saja dia menerangkannya; diambil secara ingatan lintasan sahaja, namun kesan sebenarnya boleh dilihat bila waktu proses berlaku.
GERAK BALAS
Jack mula meletak warna pada keinginannya begitu juga Shook, bila tiba untuk mencatan, aku hanya mencari ruang kosong yang belum diisi oleh mereka, aku memilih untuk melihat perkara lanjut dari gerak balas dari mereka berdua.
Maka bermulalah palitan warna, garisan menindan antara satu sama lain. Bilamana meletakkan warna ataupun stroke sendiri keatas kanvas tersebut, kita tidak akan menjangka apa yang telah diperlakukan oleh kita boleh saja dipadam, ditindan semula dengan palitan-palitan warna dari rakan kolabrasi kita, harus tenggelam palitan warna kita.
Ini tidak terjadi kepada kolabrasi yang dirancang samada berdua mahupun beratus pelukis, bilamana ruang-ruang tertentu telah diberikan untuk berkarya. Bermakna di sini jika 100 meter kanvas, maka pelukis di beri ruang 1 meter untuk berkarya tanpa melangkau ruang pelukis lain.
Jika ada sekalipun masih mempunyai pengalaman yang tersendiri.
MENIDAK KETUANAN
Kolabrasi sebegini menidakkan ketuanan kita terhadap apa yang kita lakukan, dan bila-bila masa sahaja ia boleh hilang dipalit semula hasil dari gerakkan warna dari rakan kolabrasi kita. Ia membunuh ego mahupun perasaan untuk memperlihatkan hasil karya kita sahaja bermegah di atas kanvas tersebut, mahupun jika mahu dipanggil strok-strok dari empunya diri. Ini satu pengalaman yang sangat bagus.
INI ADALAH ‘CONTENT’
Berlawak aku; kata aku kepada shook “ini kerja daje mendaje ni….” tapi itu kebenaran yang berlaku, bukan bersifat mahu menonjol atau mengkhianati sesama, tetapi bagaimana sifat menerima keadaan yang sebegitu dan sememangnya bercara demikian.
Bagaimana anda mampu untuk memusnahkan karya rakan dan bagaimana anda menerima bilamana karya anda pula dimusnahkan dan begitu bagaimana anda untuk tidak memusnahkannya dengan pertimbangan dan gerakrasa dari anda sendiri.
“kolabrasi macam ni boleh mengundang perbalahan emosi jika tidak berupaya mengawal, contohnya pelukis lain boleh saja memadam keseluruhan atau membakar saja kanvas tersebut….” ujur Shook.
Memang benar kerana ia berkolabrasi sesama pelukis dan tiada had sehingga waktu mana perlu ia berhenti atau tamat atau bagaimana cara ia diperkaryakan kerana ia berputar pada satu ruang (i.e kanvas, besi, kayu…) sahaja, ianya bukan diberi pecahan secara individual untuk satu ruang.
MENCARI SOLUSI PENAMAT
Hujan mulai turun rintik dan deras dari satu saat ke satu saat….. satu solusi perlu disepakati yakni “berhenti di sini…”. Sepakat kami untuk berhenti pada apabila berus sudah di basuh.
Aku melihat sepakat ini juga penting takkala jika salah seorang pelukis lain enggan berhenti dan mahu meneruskan kerja pengkaryaan, sedangkan yang lain sudah mahu berhenti….maka sehingga mana harus ia perlu dan di saat mana harus karya itu berhenti…. Cubalah dan rasainya…. Satu pengalaman yang menarik sekali untuk di cuba….
